Assalamualaikum.
Benda ni dah kecoh satu Malaysia dah.
Telur pun orang nak tiru ke?
Macam macam la.
Tadi Cs terbaca dekat Utusan Malaysia, yang mana pengguna dinasihatkan berhati hati ketika membeli telur.
You know why?
Telur pun dah ada yang tiruan beb. MasyaAllah, semua nak buat sendiri.
Nak lawan kuasa Allah ke hape?
Adoi...
Telur tiruan (kanan) dan telur asli.
Betapa bezanya telur asli (kanan) dengan telur tiruan.
Berikut adalah cara cara untuk mengenal telur yang tiruan. (sumber Bernama & Utusan)
- Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
- Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
- Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
- Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
- Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
- Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
- Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
- Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
No comments:
Post a Comment