Followers

Tuesday, February 7, 2012

Kahwin | My ideas for guest goodies.

Assalamualaikum...



Semenjak dua menjak ni, sue suka sangat tengok doorgift yang orang guna jar tu kan...
Tak kire la spice jar ke, plain jar ke, common jar ke....
Tapi memang sue fikir nak bagi benda yang mudah and murah untuk disediakan.
Bukan ape, sue nak benda tu simple and boleh diprepare awal awal.
Tak nak nanti dah dekat dengan majlis baru terhegeh hegeh nak buat kan....

Ini antara yang sue plan nak guna...
Murah yet berbaloi... Kan.
Hihii... Asalkan still under our budget kan...

Still in discussion whether nak guna TQ tag or nak guna sticker je...
Tapi kalau nak senang better guna sticker je la kan...

Ini memang dah ade dalam list. 


Dan dah bincang dengan Aman, and dia kata dia pun nak sebelah die mcam ni...
Boleh ke kalau Doorgift lebih kurang same, tapi tak same sangat la...
Hahaa...
Maybe isi dalam die kot yang lain lain...


Rasa macam nak letak biskut aiskrim tu or marshmallow..
Tapi opah sue nak sue letak chocolate cadbury dalam tu...
Sebab opah kate nak la elok sikit bagi dekat orang kan...
Hihihi... Kalau opah nak support okey jugak la..
Tapi kalau boleh sue tak nak susahkan dorang...


Hihihi...
But al this depends on our budget...
Kami ni muda remaja lagi...
Duit pun tak banyak yang disimpan...
Itu yang budget selagi boleh...
Hihihi...


Okey la... Nanti update lagi okey.
Nak sambung buat kerja ni...
Bye!


I LOVE YOU!!

Monday, February 6, 2012

DIY | Veil buatan sendiri...

Assalamualaikum~

Hye, bertemu kembali.
Sepertimana yang telah dijanjikan, nak reveal sikit how to make a wedding veil.
Aiceh, tak la hebat mane, tapi bolehla kan...

Bahan - bahan yang diperlukan:

1. Gunting & Alat alat basic untuk menjahit.
2. Kain chiffon / kain net (ikut selara masing masing)
3. Borderlace / kain lace (lagi elok kalau same dengan baju korang)
4. Brown paper or sesetengah orang panggil kertas minyak.
5. Manik secukup rasa.


Cara cara penyediaan :

1. Kain chiffon atau kain net yang korang beli tu, ukur setakat mana labuh yang korang nak... Sue pakai 1m je sebab taknak labuh mana...
2. Then, bila dah tau nak labuh mana, korang potong tepi kain tu jadi cam bentuk D. Kirenye potong dua bucu untuk jadikannya D. Jangan lupe jahit tepi. Gunalah brown paper untuk make sure bile kite potong tu tak herot berot.
3. Kalau korang nak guna border lace / lace, korang letak letak mane yang korang nak.
Sama ada korang nak letak kat depan or dekat belakang.
4. Jahitkan lace / border lace tu kat tempat kegemaran korang.
5. Bile dah siap jahit lace, korang boleh la tambah manik ikut suke korang. Kalau suke nampak macam ekslusif sikit, jahit la banyak banyak manik.

Lebih kurang macam ni la rupenye...
Yang ni bukan sue punya veil tapi ni officemate sue punye veil.
Ni hasil DIY kami jugak la ni...

Ni rupe bile dah letak manik. Dalam gambar ni baru je letak, tak jahit lagi...
Nanti kalau ade yang dah jahit sue upload okey...


Okey, kalau tak paham...
Nanti sue buat tutorial lain.
Tapi version veil nikah sue pulak.
Okey. Babai!




I LOVE YOU!!

Kahwin | Update ape yang patut.

Assalamualaikum~



Hai, lame tak jumpe lalme tak update lame tak berblog.
Sibuk bukan kepalang tapi tetap menjadi silet reader untuk semua blog yang difollow.
Even jangka masa untuk date wedding tu teramat lama lagi, tapi sue tetap buat preparation sikit sikit.
Bukan banyak banyak.
Sue taknak nanti last minit nak sibuk dengan benda yang remeh temeh.


Hihihi...
Macam sebelum ni sue ade update pasal nak buat veil nikah tu, InsyaAllah memang akan diusahakan sendiri.
Sebab sangat suke dengan DIY menDIY ni.
Kain untuk baju nikah dah beli, tapi design untuk baju tu belum ade lagi.
Memang dah ade yang bermain difikiran, tapi awal sangat kot nak start prepare kan.


Sekarang ni tengah survey untuk OP, OV dengan pelamin punye pakej.
Tapi rasanya pelamin and baju punye sue rase sue ambik dekat butik yang sue hire untuk tunang hari tu.
Just simpan duit je... Hihihi... 
Pelamin sue bukan nak yang mewah sangat, takdela beria sangat... Tapi sape yang taknak kalau benda cantik2 ni kan.
Memang tersangat jatuh hati dengan Zaha Planner punye pelamin.
Just nak pelamin satu panel sebab sue nanti buat pelamin dalam rumah je... 
And one thing, taknak membazir dengan buat pelamin bagai nak rak ni kan..

Pelamin 2 + 1 yang mana boleh jadi pelamin nikah and pelamin sanding.

Cantik sangat and suke the combination of the colour.
Pic Credit to Apis Zainal Photography.


OP dengan OV ni penting jugak la.
Sebab ini yang akan merakam memori paling manis and paling syahdu dalam hidup sue.
Aiceh. hahahhaa... OP memang dah ade few person yang ade dalam shortlist sue.
Just belum contact lagi sebab terlalu awal kan.


Then, doorgift pun Sue dah confirm dengan Aman nak buat same je.
Jimat kos, jimat masa and takdela cerewet sangat.
As long simple, takdelah nampak macam kedekut sangat and still under our budget.
Cantik kan die nye doorgift.
Inspired by this, and memang nak buat cam ni je...
Simple yet nice.

Pic credit to Apis Zainal Photograhy.

Okey, setakat tu je buat masa sekarang. 
Next update, sue update pasal DIY veil untuk officemate sue yang nak kawen this coming April ni.

Till then, Da~









I LOVE YOU!!

Thursday, January 12, 2012

Nikah | Alkisahnye nak buat veil sendiri.

Assalamualaikum~

Okey, sekarang dah rase semangat nak update blog balik sebab dah ade sikit2 idea untuk buat DIY kan.
Boleh dikatakan sue sangat berminat nak DIY semua benda sendiri.
Tapi checklist belum keluar lagi sebab rasa macam awal sangat je kan.
Tapi ape nak kisah ye dak sebab sue nak DIY seorang diri, and it takes time.
Tak kesahla even setahun lagi kan.
Hihii..

Just nak share about my feeling yang verangan nak veil yang panjang panjang untuk nikah nanti.
Guess what, yang ini pun nak DIY sendiri tau. hihi.
Kagum tak?? dah siap nanti baru boleh kagum.
Tu pun kalau boleh mengagumkan org kan...

Disebabkan sue dah beli kain untuk buat baju nikah, automatically dah ade tema untuk nikah nanti.
HIhihi...


Tengah cari mane2 tutorial yang best2 untuk buat veil ni. hihi..


K, Da~








I LOVE YOU!!

Tuesday, December 27, 2011

doakan yang terbaik....

ASSALAMUALAIKUM.
lepas maghrib tadi Aman text bagitau yang ayah dia a.k.a my future f.i.l masuk ward.
Terkejut of course sebab as i know his father takde any serious penyakit.
tapi this time kena operate kaki but i dont the details because Aman just informed itu aje.. hihi..

In the picture from left, his elder sister, his mother, his father and of course he is the one yg pantang nampak camera.

Whatever it is, sue doakan yang terbaik untuk abah. Nanti sue jenguk abah okey.
Published with Blogger-droid v1.7.3

I LOVE YOU!!

Thursday, December 1, 2011

BUDGET | Perlu vs Tak Perlu

Assalamualaikum...

Hai hai hai...
Bertemu kembali kita dalam rancangan Aku Tak Tau Ape Aku Merepek. 
Hahhha... *and now baru sedar dah merepek*
hehhee..
Well, dah lame dah sue bertunang but hari ni baru teringat nak buat list budget yang dah keluar.
Before tunang tu ade la buat tapi untuk simpanan sendiri la kan..
Hihi.. And now, terasa nak share dengan anyone yang baca my blog ni...

Hihii... Ni budget tunang su tau. Bukan orang lain punye...
Ape yang sue tulis ni semua yang benar belaka.
Aiceh.

1) Khemah

This matter Abah sue yang handle. Sebab dia ada kawan yang buat bisnes khemah ni..
Kalau tak sue nak 2 khemah dekat depan rumah, tapi abah insist kate satu dah cukup.
So, ikut jela kan.

Cost untuk khemah (khemah besar + sekali kerusi meja) 1 x RM250.00 = RM 250.00

2 ) Catering

Bab makan makan ni opah dengan mama sue yang settlekan.
Yang sue tau, opah kate opah dah booked orang untuk masak kenduri hari tu.
Lauk mulenye nak buat ayam goreng, kari daging dengan jelatah je...
Tapi last minit opah kate nak ayam masak merah, kari ikan dengan jelatah.

Orang katering charge RM 7.50 x 200pax = RM1,500.00
Bihun untuk sarapan pagi = RM100.00
Rendang tok = RM500.00

3) Pelamin + Make up + Baju

Baju, pelamin dengan make up sue amik package dengan L Gee Seri Pengantin.
Sebab sue tak sempat nak buat baju tunang...
Last minit decide nak amik package terus je.
SImple je. Malas nak susah2 lagi dah...
Senang sangat dengan Kak Gee ni.. 

Total package ni about RM740.00.

4) Hantaran

Kos untuk hantaran sue dengan aman lebih sikit sebab sue buat hantaran sendiri so, biasela kadang kadang sampai hari hari nak kena pergi kedai barang pengantin tu...
Mesti ade je benda nak beli.
Kalau nak upah pun same je lebih kurang kosnye. 
Tapi takdela berlakunya pembaziran kan.
Hihih...
Total damage untuk hantaran ni lebih kurang RM2,500.00
Huhuu... banyak kan...Ni termasuk dengan cincin sekali. hihhihi

5) Doorgift

Kalau bab doorgift ni memang pening sikit..
Tapi kos yang keluar tak banyak sebab sue dah budget siap2 kos untuk 1 bag.

Let say, untuk adult RM1.50/bag x 200pax = RM300.00
Then untuk kanak kanak, RM0.90/bag x 100pax = RM90.00



Lets summarize kan total yang dah keluar.

Khemah = RM 250.00
Catering = RM 2,100.00
Pelamin, baju & Make up = RM 740.00
Hantaran = RM 2,500.00
Doorgift = RM 390.00

Total semua = RM 5,980.00

huaaaaa... Banyaknye...
Rasa macam lebih lagi keluar ade la...
hurm, SO, lepas ni nak kahwen kena la plan budget elok elok.
Taknak jadi macam ni dah...
 Huhuhu...

Okey ini yang perlu

Khemah = RM 250.00
Catering = RM 1,050.00
Pelamin, baju & Make up = RM 740.00
Hantaran = RM 1,500.00
Doorgift = RM 195.00


Total semua only = RM3,735.00 jeeeee.....


Aduyai...


Till then, nanti sue bebel lagi.
OkBoiii.



I LOVE YOU!!

Wednesday, November 30, 2011

hER+hIM | MOnolog sendirian...

Assalamualaikum~

Kekangan masa yang melanda diri ini menyebabakan kekurangan masa untuk menghupdate blog yang semakin dirindui ini...
Ok. Jangan cakap pape. Bahasa Melayu SPM tak dapat A.
Inilah akibatnya.

Nak countdown untuk wedding day rasanya macam awal sangat.
Terlalu awal... 
Tapi pendapat sue tak salah kan kalau kita nak bersiap sedia dari awal ni kan??
Maklumlah, su ni anak sulung and adik adik sue semuanya lelaki.
Diorang mana nak ambil tahu pasal wedding semua ni kan.
Yang diorang tahu, "kak, belanja.. Kak itu, Kak ini."
Sigh..

Well, everyone has their own style and taste.
For me, it is better to prepare earlier sebab nanti last minute takdelah busy sangat kan.
Hah. Sape kate tak busy tu. *cakap dengan dri sendiri.*
At least benda benda remeh sudah diselesaikan.
takdelah kelam kabut nanti.

My fiance dah cakap yang dia nak majlis yang simple but still meriah untuk disambut.
Same goes to me.
huhuu...
Bila difikirkan perkahwinan tu sebenarnya mudah.
Tapi, tanggungjawab selepas perkahwinan tu tersangatla berat untuk dipikul.
Apa yang perlu, persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi hari itu dan kehidupan selepas pernikahan.

Benda senang jadi rumit.
Persoalannya disini, siapa yang menjadikan perkara itu rumit.

Renung renungkan dan selamat beramal.

bye!!



I LOVE YOU!!

Monday, November 7, 2011

Bila sudah bosan.

Assalamualaikum.


Salam Aidiladha semua.
Macam biase la kan hari raya.
Makan banyak sangat-sangat.
Macam macam ade.
Macam raya puasa la plak kan.


Nak letak gambar dengan Cinta hari raya ni...
Macam tak ada je. Huhuhu...
Takpelah. Sila hadap muke yang suke hati je nak makan dekat mane mane.


Gambar ni taken at tepi Sungai Perak.
Waktu dah nak Maghrib.










Kalau tengok gambar tunang tersayang sorang sorang tu korang perasan tak ade pelangi.
Hah. Jangan tunjuk dengan jari.
Nanti putus.
Muahahahahaa...

Till the next entry. Babaii.

Love. <3


Published with Blogger-droid v1.7.3

I LOVE YOU!!

Thursday, November 3, 2011

blog dah bersawang.

Assalamualaikum~

Blog ni dah terabai dek kerana tuan tanah yang sibuk tak ketahuan ni.
Bile free nanti sue update laju-laju.
Tambah tambah pulak modem dekat rumah udah terbakor.

Hehe... Nanti sue update laju laju!
Okey.
Bai!!

Sila lihat budak gemuk tak tentu arah tu hokey.

Okbai!!
Published with Blogger-droid v1.7.3

I LOVE YOU!!

Tuesday, October 18, 2011

menunggu tiba waktu nya...

As salam..
Sue tengah tunggu birthday boy habis busy ni..
Hehe.. Rindu birthday boy..
DIY hadiah birthday boy pun xsiap lagi.. Heheh..


Nak tempek gambar birthday girl la. Nak jugak. Tapi lambat lagi la eh. Hehe... Tggu 13/01/2012 eh. Hehe...
Published with Blogger-droid v1.7.3

I LOVE YOU!!

Assalamualaikum~


Esok 19 Oktober 2011.
Nak tau ade ape dengan date tu??
Alah... Hari yang special untuk kite tau!!
Nak tau ape yang special???
hehehe... Esok birthday En. Tunang sue!!
Yeay!


Hadiah? Surprise Party?
Takde pun...
Masalahnye tak beli lagi hadiah untuk Incik Tunang tu...
Tapi Incik Tunang ade cakap, die tak kisah kalau takde hadiah pun...
Asalkan sue jangan marah marah die...
Hehehe... Jimat kos!


Tapi...
Rase macam nak DIY something untuk Incik Tunang...
Bb suke hadiah hasil kerja tangan sayang kan??
Hehee... Mule balik nak kreatifkan diri..
Tapi, nak buat ape eh??
Tunggu!



Ni die Incik Tunang kite.
Gambar ni amik dekat Teluk Batik. 
Syian die mandi sorang sorang...

Okey. Nak buat kerja dulu. 
Da!



I LOVE YOU!!

Wednesday, October 12, 2011

Di Saat itu...

Assalamualaikum...



Sedar tak sedar dah sebulan lebih jadi tunang orang...
Beza?? Tak banyak pun bezanya...
Tapi maybe Incik Tunang tau and nampak ape yang berbeza and ape perubahan yang jadi...
Hihihii...
Ade positif and negatifnye... Adoi..

Sebelum majlis, memang sibuk yang teramat sangat mengalahkan orang nak kawen.
Tapi bile selesai je majlis, sangat bersyukur...
Everything is fine even ade sikit sikit misunderstanding kan..
Bayangkan esok majlis, hari tu Sue kena drive Taiping - Selinsing, Taiping - Batu Kurau, then Taiping - Bagan Serai and Taiping ke Kuala Kangsar...
Memang sangat memenatkan. Sempat lagi jumpe Incik Tunang tersayang malam sebelum tunang.
Ops. Bukan berdua okey. Tapi ber 6. hahahaa...
Jumpe sekejap aje... Bukan lame pun...


Sampai rumah malam tu tengok dah ramai yang ade...
Semua tunggu nak packing goodies... 
hehe... Alhamdulillah. dapat la tidur awal.
Awal ke kalau tidur pukul 2pagi?
Awal la tu dari tak tidur kan??


So, esoknye selepas subuh je sue dah prepare nak g pasar untuk beli buah, beli santan..
Then pukul 9.30pagi tu dah nak kena pergi butik untuk make up. 
huhu... Memang mencabar sangat... Sebab semuanya buat sendiri...
Thanks untuk kawan kawan yang sanggup jadi my driver...
hahaha...



Haha. sila abaikan tangan yang banyak kedut tu...
Hihihi...
Waktu nak sarung cincin tu memang sangat berdebar...
Tersangatlah sampai jalan tu asyik pandang opah dengan mama je...
huh. Bile dah lepas. Rase nak melompat je..
Tapi tak boleh, kena cover la sikit kan??
Hahhaa... 

Alhamdulillah semua selamat...
Makan semua cukup alhamdulillah.
tempoh bertunang? Ramai yang tanye, tapi jangan terkejut.
Lame la jugak, tapi kalau ade rezeki lebih, cepat kumpul duit...
Cepatlah kami kawen kan.
Doakan kami eh!!

Hehehe... Nak tempek satu gambar kami boleh??


Hehe... Comel kan kami??
Masuk bakul angkat sendiri...

Gambar taken by : Raja Shahmi





I LOVE YOU!!