Assalamualaikum.
Maybe dah agak lambat untuk update entry pasal Chinese New Year kali ni.
Tapi, aku tetap nak wish for those yang sambut CNY 2011 yang merupakan Tahun Arnab bagi tahun ni.
"Gong XI Fa Cai".
Cuti kali ni terasa agak lama sebab die sambung terus dengan hari Sabtu dengan hari Ahad.
Seperti yang dijangkakan, banyak majlis perkahwinan yang diadakan sempena cuti sekolah ni.
Salah seorang yang telah mendirikan masjid pada 2 February 2011 baru2 ialah housemate aku, Kak Wani.
Aku dengan Aman dengan senang hatinye bertolak dari rumah awal2 lagi sebab semangat nak pergi kenduri nun jauh di Pendang, Kedah.
Walau jauh tetap ku harungi, walaupun jam menanti.
Sampai kat rumah pengantin agak awal jugak, dalam pukul 1230 tghr.
After bertungkus lumus mencari rumah, dengan sesat jalan bagai.
Nasib baiklah sampai jugak hajat kami nak ke majlis tu.
Sampai je rumah pengantin, aku terus cari pengantin.
Semangat nak tengok orang kahwin.
huhuhu... Camne la aku nanti kan. Adoi.
Aku rase macam excited sangat bila tengok kak wani dalam busana pengantin yang cantik dengan make up pun cantik, bak kata orang naik seri pengantin gitu.
Aku terus suruh Aman snap2 picture aku dengan kak wani.
hahaha. Tengok2. Suke gile amik gambar dengan pengantin.
Nak amik berkat sikit.
Manela tau kan, pasni turn aku plak. hihi
Bile Aman pun nak bergambar dekat pelamin, ni la jadinya.
haha. Aman ade, aku pun nak ade jugak. hihi
Sebagai selingan, ni picture kitorang masa kat dalam Muzium Padi.
He is the one yang sangat excited nak pergi Muzium Padi tu.
Last but not least, Selamat Pengantin Baru Kak Wani dengan Abang Khalil.
Kenduri kitorang nanti wajib datang, okey?
Kalau tak Su merajuk. haha.
Doakan jodoh kami panjang okey.
p/s : Balik tu aku yang drive, mak ai. Jam gile. Yang si Aman boleh tidur. Sadis sungguh.
No comments:
Post a Comment