Followers

Friday, August 12, 2011

Juadah berbuka ade ba alip ba ya??

Assalamualaikum~

Hua. Tengok headline. Aiceh. 
Macam newspaper plak kan.
Lazimnya, semua tahu pasal sensitiviti umat Islam dengan makanan.
Tapi apa yang jadi pada akhbar The Star yang mane memuatkan gambar juadah ba alip ba ya ni memang bagi Sue sangatlah serius.
Adoiyai. Korang ni pun, agak agak la kan nak buat benda macam ni.... 
Huhuhu...
Harapnye, takdelah jadi perkara macam ni lagi kan...



KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam sisipan kelmarin, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk Ramadan Delights yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.
Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.
"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk Ramadan Delightsitu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Petikan dari Kosmo.






I LOVE YOU!!

No comments: