Followers

Monday, July 25, 2011

Teringin | Mesti nak masak.

Assalamualaikum~


Hye semua. Lama sangat tak update blog.
Nak kata busy, tak de la busy sangat pun, bukak jugak tengok blogger lain update entry.
Tapi rasa macam takde mood nak update.
Sue ni kalau rajin or teringin nak makan something, mula la google macam mana nak buat makanan idaman tu.
Hadoi..


Baru baru ni teringin nak makan kulit popia yang digoreng and diletakkan nestum tu.
Huhu. Ayat skema habis. 
Bila dah teringin, tanya pakcik google macam mane nak buat and apa bahan yang nak guna.
Bila dah jumpe, lunch hour terus pergi supermarket beli barang barang yang digunakan.
Balik rumah terus buat.
Nampak sangat gelojoh.


Hahhaha...


Ni resipi dia. Ni sue tanya pakcik google tau!



Bahan-bahan ( 200 biji )

50 keping kulit popia

nestum (ikut citarasa)

gula


** Sue campurkan Horlicks sekali. Nanti macam wangi je bau die...

Cara-cara


Kulit popia digulung cantik cantik. 


Dipotong menyerong bila sudah siap digulung.

Blend kan nestum bersama dgn gula
Nestum + Gula

Goreng kepingan popia yg dipotong tadi sehingga rangup
**Minyak tu kena tos betul betul tau!

Taburkan nestum yg telah di blend keatas popia yang sudah di goreng.
**Sila abaikan jari tu eh! Lagi byk nestum lagik best rasa. Boleh dah hidangkan

Waktu glung tu, jangan tekan tau. Nanti dia keras, tak rangup dahh!

Okey, Mr. Aman dah ambik sebalang yang Sue dah buat. Alamatnya kena buat lagi la nih...
Huhhuhu...

Selamat mencuba..





I LOVE YOU!!

No comments: