Followers

Saturday, July 16, 2011

Farah AF + Johan | Nikah atas cruise...

Assalamualaikum~


Farah F dah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati beliau.
Pihak lelaki membawa 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang daripada pihak perempuan. Johan menerima seutas jam tangan Oris, sehelai baju Armani Exchange, sebiji kek & tali pinggang Gucci. Manakala, Farah menerima senaskah Al-Quran, sebuah iPad, seutas beg tangan Gucci, satu set wangian Chloe.


Johan, 26 dengan sekali lafaz serta mas kahwin RM2500 serta hantaran bernilai RM25185 telah bergelar suami buat Farah. Mereka telah dinikahkan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abdul Aziz.


Farah pun ade cerita macam mana dia ni kenal dengan Johan...

Detik pertemuan Farah (26) & Johan (26) telah ditakdirkan oleh tuhan. Walaupun pernah bertembung beberapa kali, atau sekadar melemparkan senyuman ketika terserempak, namun mereka berdua tidak bertegur sapa. Farah & Johan dalam temubual eksklusif bersama OHBULAN! berceritakan saat permulaan pertemuan mereka, sehingga berakhir di jinjang pelamin, hari ini.
“Pada satu malam, saya terserempak dengan Johan tengah bersembang dengan abah. Saya pun tertanya-tanya juga, “Eh, berani juga mamat ni kan?” Bukan apa, kebiasaannya lelaki lain tak berani apabila bertemu dengan orang tua, tapi saya tengok Johan macam okay.
“Walaupun time tu kami tak berkenalan, tapi Johan boleh menyesuaikan diri dengan abah. Kemudian, abah ambil nombor telefon Johan, dan saya pula curi nombor tu daripada telefon abah. Saya pun tak tahu kenapa, saya rasa macam nak sangat berkawan dengan Johan,” cerita Farah yang tersenyum riang berceritakan saat pertemuan bersama suaminya, satu ketika dahulu.
“Pada mulanya, kami sekadar bertukar-tukar mesej. Sehinggalah pada malam tahun baru 2006, itulah pertama kali saya mendapat panggilan telefon daripada Johan. Apabila contact & call, rasa ngam pula. Selepas 4-5 bulan berkawan, tiba-tiba kami berdua dah “I miss you”, “I love u”, ” jelas Farah lagi.


“Kalau diikutkan, sebenarnya kami bercinta jarak jauh. Saya berada di Kuala Lumpur, manakala Johan berada di Pulau Pinang. Mula-mula saya tak percaya percintaan jarak jauh setelah mendengar banyak cerita kurang enak daripada kawan. Namun, saya mempunyai perasaan untuk mencuba, nak tahu juga macam mana rasanya komitmen apabila bercinta jarak jauh.
“Yang membuatkan Farah yakin dengan hubungan ini sebab Johan sentiasa utamakan Farah. Jadi, apabila Johan nampak jujur & ikhlas, Farah yakin,” kata Farah yang ditemui di Masjid Besi, Putrajaya, semalam.

Credit to OhBulan.com.




Sue : Semoga Farah and Johan bahagia hingga ke akhir hayat....





I LOVE YOU!!

No comments: