Followers

Monday, July 11, 2011

Antara emas 750 dengan emas 916.

Assalamualaikum~

Hye, dah settle satu barang untuk that day!
Beli cincin biasa je, itu je yang mampu kan...
Su suke yang simple but it looks nice and sweet.
At first minat sangat dengan satu cincin ni, but bile dah lame duduk pilih cincin dekat kedai emas tu.
Sue jadi macam tak tau nak pilih yang mana satu.
Last last suruh Sayang yang pilihkan.
Sebab ape, kalau Sue yang pilih tapi Sayang yang suke susah jugak kan.

So, let him made a decision.
Sue suka jugak yang Sayang pilih tu. 
Simple but nampak macam mahal. **walaupun cincin tak mahal mane.

At first, sue tak berapa suke cincin batu ni.
Sebab ramai yang cakap cincin batu ni tak ada value.
But bila kitorang tanya situasi yang sebenar emas ni ade banyak jenis.
Ade yang 750, 916 and 999.


Ni adalah jenis jenis emas yang sue dapat dari google.

24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.

Biar sue terangkan dalam bahasa ringkas la kan.

1) 24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
Emas ni memang tak ada campuran lain. Senang cakap emas ni lembut. Lagi 0.1% je nak 100% campuran emas. 
Emas ni lembut dan harga berbeza dengan emas yang lain.


2) 22 carat (emas 916, 91.6%)
Emas 916 ni la emas yang selalu kita jumpe dekat kedai kedai emas tu. 
Emas ni yang ideal selalunye orang beli. Nak buat untuk kahwin ke tunang ke kan.
Emas ni lembut siit kalau nak dibandingkan dengan emas 750 dan keras sikit dari emas 999.
Mahal dari emas 916 and murah sikit daripada emas 999.


3) 18 carat ( 75.0% emas)  emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
Emas 750 ni merupakan emas yang selalu tukang emas guna untuk buat cincin yang ade batu.
Tak kesahla batu ape, tapi kandungan emas yang ade dalam emas 750 ni lebih sikit berbanding dengan emas 916 menjadikan ia lebih kuat 'memegang' batu untuk cincin.


Tapi jangan salah faham pulak. Bukannye tak ade cincin emas berbatu yang gunakan emas 916.
Sue punya cincin 'tunang' pun ade batu and guna emas 916. 
Memang harga dia mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan emas 750.
Kalau nak beli cincin yang ade batu baik tanye dulu either emas tu die guna yang 750 or 916.


Cincin sue lebih kurang macam ni la tapi bukan yang ni. Hikhik.
So, bagi sue tak jadi masalah kalau nak bagi cincin ade batu sekalipun. Rite??

Till then, Da~






I LOVE YOU!!

No comments: