Followers

Tuesday, May 10, 2011

NOra Elena? Best kan best kan!

Assalamualaikum~



Hye3! Semalam korang tengok tak cerite Nora Elena on TV3, Slot Akasia. 
Ala... yang pukul 7 tu la kan...

Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

Nak tau tak sinopsis die cane?

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? Cs baru tengok je dah tau citer ni macam best, or boleh dikatakan memang best la kan. hahaha. Hero heronya encem belaka. hahahaha....


Sama cantik sama padan okey!

Lepas ni pakat kena kejor la sumenye sebab asyik duduk depan tibi time time Maghrib. hihi... (takmo camtu, takmo!)

So, don't forget to watch every episode on Monday to Thursday at 7pm.
Absolutely on TV3.





I LOVE YOU!!

No comments: