Followers

Monday, May 23, 2011

Macaroon. Nak buat sendiri la.

Assalamualaikum~


Hari ni sedang kusyuk Cs buat kerja, tibe tibe je opismate Cs ni tanya.
'Sue, sedap ke macaron ni?' Cs jawab, 'Ntah, tak pernah rasa lagi, tapi ade orang cakap manis sangat sangat benda alah tu..'
Pastu, terasa la macam nak tanya Encik Google tersayang ni kan...


Ni resipi nak buat macaroon ni hah.


Cantik tak? Nak buat macam ni la.

Kalau nak buat colour macam ni as my hantaran nanti comel tak?

Ni pun cumel.





Bahan-bahan ( Ikut atas saiz )

65 gm srbk badam 

13 gm srbk koko

60 gm putih telur ( 2 biji telur ) 

200 gm gula castor 

110 gm gula icing 

secubit cream of tartar


Filling ( ikut kegemaran boleh beli kat kedai bakery yg readymade lemon @ apa2 perisa )

Nutella pun boleh



Cara cara nak buat macaroon ni.

1. Ayakkan gula icing , srbk badam dan srbk koko ketepikan 

2 . Pukul putih telur dgn cream of tartar hingga berbuih 

3 . masukkan gula castor sedikit demi sedikit pukul hingga kembang dan gebu 

4 . masukkan bahan2 yg talah di ayak tadi ke dlm putih telur yg dah di pukul 

5 . kaup dan balikkn adunan hingga sebati masukkan ke dlm piping beg pakai buang ikut saiz 
kegemaran anda paipkan atas non stik paper ( jgn terlalu rapat ) 

6 . Hentakkan dulang yg telah di pipe kan untuk buang angin 

7 . ketepikan adunan selama 45 minit supaya adunan yg tlh d pipekan tadi mengeras 

8 . Bakar selama 5@10 minit 150c 

9 . Setelah masak biarkan sejuk barulah sapukan filling dan cantumkan * klu nak pelbagai kan colour tk payah masukkan srbk koko bubuh pewarna semasa pukul gula castor *

Sumber resipi di SINI.

Nampak macam senang, nak try la buat macaroon ni. Mr. Aman suke manis manis ni.






I LOVE YOU!!

No comments: