Followers

Sunday, April 24, 2011

Resipi Bubur Pulut Hitam

Assalamualaikum.

Jom masak hari ni!!
Menu kita pagi ni, bubur pulut hitam sama air tea strawberi & grape yang datang dari Cameron Highland nun.... dah lama beli baru nak guna.

Picture credit to google.


Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan )


300 gm pulut hitam


1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)


1 tin santan


1/2 cawan gula pasir


daun pandan (kalau ada)


segenggam sagu (kalau suka)


susu segar


sedikit garam (hujung sudu kecil)



Cara-cara


Rendam pulut hitam semalaman (tapi baru nak pergi beli pagi ni)


Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang.


Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. 

Masak hingga rasa masak.


Masukkan daun pandan yang disimpul.


Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.


Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)


Akhir sekali, masukkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.


Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.



Menu tengahari pulak.

Nanti lepas makan pagi baru nak pikir. 
Okey dokey bye bye.
Jap lagi sambung lagi.

To be continued...




I LOVE YOU!!

No comments: